Pastinya para peminat siri anime Naruto akan gembira dan teruja dengan berita ini. Taman tema yang berkonsepkan siri anime Naruto dan Boruto telah dibuka di Awaji, Hyogo, Jepun dan taman tema ini dikenali sebagai Nijigen no Mori.

Menariknya, terdapat mercu tanda ikonik yang memaparkan shinobi-shinobi di perkampungan Naruto & Boruto Shinobi-Zato. Malah, anda juga boleh menikmati Ramen Ichiraku di situ dan terdapat tarikan menarik lain seperti maze, patung watak yang melakukan jutsu dan banyak lagi.

Harga tiket masuk adalah ¥3,300 (~RM121.64) untuk dewasa ¥1,800 (~RM66.35) untuk pelajar universiti, ¥500 (~RM18.43) untuk pelajar sekolah menengah, dan kanak-kanak dibawah umur 4 tahun boleh masuk secara percuma. Jangan lupa untuk melawat taman tema ini jika anda ke Jepun. Rasengan!