Pusat membeli-belah yang terkenal dengan taman tema tertutup sebelum ini adalah Berjaya Times Square. Kini, pusat membeli-belah di Johor yang juga berkonsepkan taman tema tertutup akan dibuka kepada orang ramai pada 17 October ini. Pusat membeli-belah Capital 21 ini merupakan taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara.

Pastinya anda akan teruja untuk berhibur bersama keluarga di pusat membeli-belah yang akan menyajikan anda kegembiraan dan keseronokkan kerana terdapat banyak tarikan di pusat membeli-belah ini. Berikut adalah antara tarikan yang ada di sini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pusat membeli-belah bertema

Hadir dengan 5 tema negara iaitu Asia, Eropah, Amerika, Australia dan Timur Tengah pastinya akan membawa anda aura membeli-belah ke negara-negara tersebut.

cc10
Sumber: Facebook Capital City
cc7
Sumber: Facebook Capital City

2. Taman tema tertutup

Taman tema tertutup merupakan tarikan utama di pusat membeli-belah ini kerana ia merupakan yang terbesar di seluruh Asia Tenggara. Taman tema tersebut dikendalikan oleh MGM Studio, meliputi 2 tingkat dan dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu Movie Planet, Planet Muzik dan Planet Cartoon.

Movie Planet adalah di mana anda menaiki dan bermain permainan yang mendebarkan. Music Planet pula menawarkan pertunjukan muzikal dan sarkas untuk menghiburkan anda. Sementara itu, Cartoon Planet sesuai untuk kanak-kanak kerana permainannya kurang mendebarkan tapi mengujakan untuk kanak-kanak.

cc8
Sumber : Facebook Capital City
cc2
Sumber : Facebook Capital City

3. Muzium dunia

Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan, inovasi dan pertumbuhan dunia, inilah tempat yang sesuai anda. Jika anda bukan peminat membeli-belah atau menaiki taman tema mendebarkan, Muzium Dunia adalah tempat untuk anda. Adakah anda teruja untuk meluangkan masa bersama yang tersayang di sini?