Siapa tak kenal Aliff Satar, antara artis Malaysia yang mempunyai pelbagai bakat. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi, malah turut menjadi pelakon dan pengacara yang digemari rakyat Malaysia.

Beliau sekali lagi berjaya digelar IRONMAN Langkawi pada tahun 2019 apabila beliau  berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya 3.8km berenang, 180km berbasikal dan larian sejauh 42km.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Aliff di Instagram, beliau berjaya menamatkan kesemua cabaran  tersebut dalam tempoh 15 jam 5 minit dan 49 saat.

Penyanyi lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu turut juga menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk berkongsikan berita berkenaan kepada peminat dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang datang memberi sokongan kepadanya.

 

Ruangan komen Aliff dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat-peminat.

Lelaki ini dahulunya mencecah berat badan 120kg turut menyertai IRONMAN Triathlon. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Berat Badan Lelaki Ini Pernah Mencecah 120kg Dan Kini Bakal Sertai IRONMAN Triathlon

Nak Kurus Tapi Susah, 10 Tip Berlari Sebagai Rutin Senaman Harian

Pertama Kali Masuk Larian Marathon 100 KM Dan Ini Apa Yang Aku Belajar

 

Anda Mungkin Suka