Seperti semua sedia maklum, bermula 1 September 2018 iaitu esok sales service tax atau lebih dikenali dengan nama SST bakal mula berkuat-kuasa di Malaysia. Antara servis atau pembelian yang dikenakan cukai termasuklah penambahan nilai prabayar.

Berdasarkan laporan, perkhidmatan prabayar tertakluk dibawah cukai SST dengan jumlah sebanyak 6% yang secara tidak langsung bakal memberi kesan pengguna prabayar di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam erti kata lain sekiranya anda menambah nilai sebanyak RM10, jumlah baki yang bakal dikreditkan kedalam telefon pintar anda adalah sebanyak RM9.43 dimana RM0.57 dikira cukai SST. Berikut merupakan contoh jumlah yang bakal diterima pengguna daripada Xpax.

Celcom Xpax

Difahamkan pengenalan cukai buat tambah nilai prabayar ini pada awalnya mula diperkenalkan pada GST diperkenalkan namun ditangguhkan atas desakan pengguna.