Terletak di utara tanah air, negeri Pulau Pinang yang popular dengan pelancongan dan lambakan restoran tular yang menjadi tumpuan orang ramai seluruh Malaysia.

Terbaharu, negeri yang memiliki keluasan tanah yang terhad bercadang untuk meningkatkan aktiviti menambak tanah. Hal ini turut disahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang berminat untuk melaksanakannya dalam usaha untuk meningkatkan simpanan tanah negeri tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: Harian Metro

Menurut Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jagdeep Singh Deo aktiviti menambak tanah sememangnya tidak dapat dielakkan dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat diperkasakan.

Selain itu, difahamkan langkah yang dilakukan bakal membuka peluang buat warga muda memiliki aset di negeri tersebut.

Keputusan yang dilakukan pastinya bakal menimbulkan pelbagai persoalan dan respon di kalangan rakyat. Sebelum ini, negeri ini turut mengumumkan rancangan untuk mengharamkan homestay dalam mengelakkan gangguan pelancong kepada penduduk setempat.

Sumber