Bermula 12 Julai ini, semua servis e-hailing mungkin akan mengalami kenaikan tambang berikutan dengan kekurangan pemandu. Umum mengetahui setiap pemandu e-hailing diwajibkan untuk mempunyai lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) sama seperti pemandu kenderaan awam yang lain seperti teksi.

Pastinya tidak semua pemandu e-hailing mahu mengambil lesen PSV dalam masa terdekat. Menurut rekod pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), buat masa ini terdapat seramai 167,000 pemandu e-hailing berdaftar tetapi hanya 16,338 orang sahaja memiliki lesen PSV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ehailing-1

Setakat ini, Persatuan Pemandu e-hailing Malaysia menjangkakan tambang akan naik sebanyak 50% bergantung kepada permintaan dan jumlah pemandu di kawasan tersebut, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Bukan itu sahaja, penumpamg juga akan dijangka terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa. Menjangkakan perkara tersebut akan berlaku, syarikat e-hailing akan memberikan insentif kepada pemandu untuk menggalakkan mereka mengambil penumpang pada waktu puncak.