Bagi anda yang selalu mengeluh dengan harga pengangkutan awam yang agak mahal dan tidak berpatutan untuk ke KLIA dan KLIA2, kini anda hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk perjalanan ke sana.

Pastinya buat anda yang ingin berjimat akan memilih alternatif ini menggunakan perkhidmatan bas perantara dari stesen LRT Putra Heights. Tiket bagi perkhidmatan ini boleh dibeli secara kombo di setiap stesen LRT, stesen MRT dan stesen Bus Rapid Transit (BRT) serta Monorail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan ini adalah yang terbaharu daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Malah, perkhidmatan ini merupakan inisiatif yang dilakukan Prasarana dan Syarikat Perkhidmatan Hafeena melalui jenama basnya, Jetbus.

Dengan kadar frekuensi 30 minit bagi setiap bas dan dilengkapi dengan ruang bagasi, perkhidmatan bas perantara yang berdurasi 40 minit dari stesen LRT Putra Heights ke KLIA mampu mewujudkan pilihan baharu terbaik untuk anda yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke KLIA.

Sumber