Berita baik buat pengguna KTM Komuter dimana Kabinet baru-baru ini telah mengumumkan diskaun tambang sebanyak 20 peratus bermula 1 April ini.

Difahamkan usaha yang dilakukan ini sebagai inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menggalakkan rakyat dalam menggunakan pengangkutan tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2019-02-21 at 9.05.37 AM
Sumber: TheMalaysianReserve

Lebih menarik, pengguna yang sudahpun menerima diskaun 20 peratus melalui pengguna kad MyKad dan Touch N Go bakal menikmati diskaun tambahan 20 peratus lagi.

Berdasarkan kenyataan YB Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan, penawaran diskaun ini secara tidak langsung bakal memberi kemudahan kepada 120,000 hingga 130,000 orang setiap hari. Insentif terbaru ini bakal disemak setiap tahun dan bakal diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Sumber