Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah laman web perkhidmatan pelancongan, taxi2airport.com mendapati bahawa tambang teksi di Malaysia antara yang paling murah di dunia. Malaysia berada pada tangga ke-5 dengan kadar tambang EUR1.70 (~RM7.98) untuk perjalanan 5 km.

Hasil kajian yang baharu sahaja dikongsikan beberapa hari lalu mendapati Mesir merupakan negara yang menawarkan tambang paling murah iaitu EUR0.84 (~RM3.94) untuk 5 km, diikuti oleh India EUR1.29 (~RM7.98) seterusnya Thailand pada taraf EUR1.41 (~RM6.62).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
e75d60fea8132139b26f2d72df6b6ba9
SUMBER: TAXI2AIRPORT.COM

Rata-rata negara tumpuan pelancong di Asia dikategorikan sebagai tambang teksi termurah kecuali Jepun yang mengenakan tambang sebanyak EUR15.64 (~RM73.38) untuk 5 km. Tambang termahal yang dicatatkan bernilai EUR22.68 (~RM106.41) untuk 5 km perjalanan di Switzerland.

Sebagai rakyat Malaysia yang pernah menaiki teksi, apa pendapat anda mengenai kadar tambang teksi pada hari ini?