Tamiya antara jenama terkenal dikalangan kanak-kanak pada era lewat 90-an. Jenama ini menjadi terkenal disebabkan animasi Dash Yonkuro yang memaparkan mainan kereta lumba mini atau dikenali sebagai kereta Dash. Baru-baru ini, jenama ini telah menjalinkan kolaborasi mereka bersama Supreme.

Pengumuman ini dibuat oleh Supreme melalui laman akaun media sosial mereka di Instagram. Di laman web tersebut mereka telah memuat naik satu video yang telah dirakam oleh Oliver Payne yang bermain kereta lumba RC ini di kawasan sekitar bandar New York.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kolaborasi RC Tamiya x Supreme akan mula dijual pada 15 November ini. Ianya hanya di jual di laman web Supreme sahaja. Kepada yang ini memilikinya, anda boleh pergi laman web Supreme pada tarikh yang tertera atau mendapatkan dengan harga yang lebih tinggi menerusi reseller.