Sempena Syawal 2021 ini, selain daripada penyediaan baju raya, anda juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan. Barulah raya ini rasa lengkap. Agak-agak jam tangan apa yang menjadi pilihan ramai sekarang ini? Semestinya jenama Solvil et Titus.

Bukan saja reka bentuknya yang cantik, malah dengan memakai jam ini, ia membolehkan anda mengekpresikan rasa cinta dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga anda pada raya ini. Selain itu, jenama ini terdiri daripada pelbagai pilihan jam tangan bagi lelaki dan wanita.

Memiliki reka bentuk & warna yang menarik

 

Screenshot 2021-04-27 at 5.10.55 PM

Pemakaian jam tangan menggambarkan personaliti dan identiti seseorang. Ia bukan sekadar untuk mengetahui masa saja. Malah, ia juga telah menjadi aksesori wajib buat lelaki dan wanita untuk membolehkan mereka tampak bergaya dan lebih stail.

Jadi, dengan Solvil et Titus ini memang sesuai sangat untuk anda. Nak tahu kenapa? Sebab ia terdiri daripada pelbagai design dan warna menarik yang membolehkan anda  kelihatan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang.

Antara koleksi nya terdiri daripada pelbagai reka bentuk, tema dan warna seperti dibawah:

Screenshot 2021-04-27 at 5.13.08 PM Screenshot 2021-04-27 at 5.13.24 PM

Solvil et Titus hadir dengan jam tangan ala klasik bagi mengimbau tema yang tak lekang dek zaman. Selain tu, kalau anda sejenis peminat tona warna pastel dan nak dipadankan dengan tona warna gelap, anda boleh pilih koleksi Exquisite kerana ia akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai.

Screenshot 2021-04-27 at 5.13.38 PM

Anda juga akan nampak cool dan bergaya bersama koleksi The Cape dengan tona warna mint yang semestinya dapat memberi nafas segar di Aidilfitri kali ini. Koleksi ini juga merupakan sejenis jam penyelam automatik.

Screenshot 2021-04-27 at 5.13.48 PM

Bukan tu saja, hadir dengan koleksi The Letter dengan gabungan tona hitam dan ros keemasan akan memadankan lagi anda si pemakai dan kelihatan sangat menawan.

Screenshot 2021-04-27 at 5.14.00 PM

Serlahkan kemaskulinan anda dengan koleksi Saber dengan tona warna hijau yang segak dihari raya nanti. Buat wanita yang suka bergaya ala ala fashionista pula, anda boleh lah padankan warna lembut dengan koleksi Fashionista, pasti sedap mata memandang.

Screenshot 2021-04-27 at 5.14.10 PM

Reka bentuk kali ini pula hadir dengan tona warna biru, koleksi Barista ini pasti membuatkan siapa saja yang pandang anda akan terpikat. Orang kata setenang tenang laut biru, tenang lagi memandang si dia berjam biru.

Screenshot 2021-04-27 at 5.14.20 PM

Akhir sekali, koleksi Modernist menampilkan reka bentuk maskulin yang moden dengan lekukan halus, bentuk asas dan agak menarik buat para lelaki diluar sana. Reka bentuk geometri ringkas menjadikan rupa nya yang harmoni dan sempurna.

Harga berpatutan dengan kualiti yang bagus

Ada yang kata bila nak beli jam dari jenama terkenal ini, harga memang boleh buat pengsan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, kualiti sesuatu barangan biasanya hadir dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Screenshot 2021-04-27 at 5.14.34 PM

Begitu juga dengan jenama Solvil et Titus. Bermula dari RM350, anda dah boleh dapat jam yang mewah dan terungggul dari mereka.

Ada 2 tahun waranti serta penghantaran percuma ke rumah.

Macam biasa, kalau anda beli barangan berjenama mewah ini kalau ada kerosakan mesti dapat waranti*. Macam itu jugalah dengan jam tangan Solvil et Titus ini, anda akan dapat 2 tahun waranti. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku atas jam anda, boleh terus ke City Chain.

Bukan itu sahaja, dengan pembelian yang anda buat, anda juga akan dapat servis penghantaran percuma. Jangan risau, takde caj untuk anda. Nak hadiahkan untuk keluarga anda dekat kampung pun senang lepas ini. Yang penting dalam Malaysia sahaja.

*tertakluk kepada terma dan syarat

Jangan lepaskan peluang anda untuk beraya & bergaya dengan jam baru.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat grab dan jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan jam tangan dari Solvil et Titus. Pelbagai warna dari koleksi berbeza yang anda boleh pilih dan padankan dengan baju raya anda nanti.

Nak tahu macam mana nak dapatkan? Senang sahaja. Anda boleh layari laman web Solvil et Titus untuk tengok reka bentuk jam tangan mereka sekarang. Raya nanti bolehlah anda pakai dan bergaya dengan jam baru.