Sudah menjadi kebiasaan di negara kita di mana terdapat peminta sedekah yang akan berada di jalan raya yang sesak serta mempunyai lampu isyarat untuk meminta sedekah.

Meskipun perkara ini sudah dilarang oleh pihak kenderaan walaupun bagi tujuan berniaga, masih terdapat segelintir individu yang melakukan perkara yang sama tanpa mementingkan soal keselamatan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian TikTok @syai990 di mana terdapat dua peminta sedekah yang masing-masing mempunyai balutan pada bahagian leher seolah cedera pada bahagian tersebut.

Ironinya, kedua-dua peminta sedekah yang ‘sakit’ ini dilihat sangat aktif berjalan serta pantas menoleh kepala ke kiri dan ke kanan seolah individu yang sihat tubuh badan.

@syai990

Bukan main laju menoleh kiri kanan, tak padan tengkuk patah 🤣🤣🤣 #fyp #foryou

♬ suara asli – NAMA KOK FIKI – pikii

Situasi aneh yang berlaku turut mendapat perhatian netizen dengan gelagat dua peminta sedekah ini. Terdapat netizen yang mencadangkan agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan. Tidak kurang juga memaklumkan situasi seperti ini yang membuatkan beliau lebih selesa untuk bersedekah di masjid.

Sumber: tiktok @syai990
Sumber: tiktok @syai990
Sumber: tiktok @syai990

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dengan segelintir modus operandi yang dilakukan oleh pihak peminta sedekah dalam usaha untuk meraih wang dengan cara yang mudah dan pantas.

Tular pada minggu ini apabila seorang wanita menyamakan Honda miliknya bersama Civic Type R serta menuduh jurujual mahu kaut untung yang berlebihan.

Tuduh Jurujual Mahu Untung Lebih, Wanita Ini Samakan Honda Miliknya Dengan ‘Civic Type R’

‘Orang Angkat Half Ounce Tak Kecoh Pun’ – Netizen Tularkan Lelaki Berlagak Pamer Ganja