Buat penggemar fesyen pasti tidak akan terlepas untuk mendapatkan koleksi terbaharu daripada jenama kegemaran mereka. adidas merupakan antara jenama terkenal di seluruh dunia.

Terbaharu, adidas beru sahaja mengumumkan koleksi model Yeezy baru yang semestinya menjadi perhatian ramai orang. Akan tetapi, mencuri perhatian netizen di seluruh dunia apabila adidas menggunakan nama Israfil dimana dalam Islam kita mengenali nama itu sebagai ‘malaikat’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CD_jvgVKU66/

Koleksi tersebut akan mulai dijual pada hari esok di rantau Asia, Eropah dan Amerika. Berikutan itu, rata-rata netizen mendesak supaya adidas menukar nama dan mempersoalkan kenapa adidas menggunakan nama ‘Israfil’ untuk koleksi terbaru.

1.1

1.2

1.3

Malah, para netizen juga mengatakan tindakan adidas menggunakan nama ‘Israfil’ untuk kasut telah menghina dan mempersendakan agama Islam. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan produk adidas pada pautan di bawah ini.

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

Pertama Kali Dalam Sejarah, adidas Sokong Kempen ‘Don’t Do It’ Nike

Skechers Perlekeh Kualiti Kasut Nike Dalam Iklan Terbaru