Seorang wanita berusia 28 tahun pada semalam telah ditahan pihak polis selepas disyaki cuba mencuri sehingga 21 helai pakaian di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku 6.30 petang semalam, wanita terbabit menurut pihak butik telah memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg butik berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan mencurigakan wanita terbabit itu kemudiannya tertangkap selepas penggera di pintu keluar butik tersebut berbunyi kerana tidak membuat pembayaran untuk pakaian yang telah diambilnya.

Ee59QByUcAERhgO
Beberapa helai baju yang cuba dicuri wanita berusia 28 tahun itu.

“Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,”jelas Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Walaupun identiti wanita tersebut tidak dinyatakan dalam laporan tersebut, namun sejak petang semalam mula tular di media sosial mengenai kejadian hampir sama yang dikatakan melibatkan wanita.

Perkongsian beberapa gambar oleh netizen itu turut memberitahu kejadian mencuri pakaian oleh individu tersebut turut berlaku di salah satu pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

photo_2020-08-09_23-50-25

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas identiti wanita yang dikatakan bekerja sebagai guru tusyen itu, namun gambar yang dikongsikan dan dilaporkan Harian Metro itu kelihatan mirip dengan yang telah dilaporkan portal berita tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang tular tersebut adalah sama dengan wanita yang kini direman selama dua hari oleh pihak polis kerana disyaki cuba mencuri 21 helai baju yang dianggarkan bernilai RM4,310.

Baca juga perkongsian kami mengenai insiden tular penghantar makanan yang diserang seorang lelaki sebelum ini di pautan di bawah. 

Dipukul Ketika Hantar Makanan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Video Tular Di Pulau Pinang

KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia

“Nasihat Dulu Bukan Terus Saman” – Netizen Cadangkan Orang Ramai Tidak Terus Dikompaun

Sumber