Wow! Malaysia Music Festival akan dianjurkan pada 15 September 2022 ini bertempat di Gembox, Nilai pada jam 8 malam dan masuk adalah percuma.

Umum mengetahui, Gembox iaitu sebuah Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia yang menghimpunkan pelbagai barangan tempatan termasuk makanan, kraftangan dan budaya dari 13 buah negeri di seluruh negara dan akan beroperasi secara rasmi pada 13 September 2022 ini.

Baca Juga:

Wow! Malaysia Music Festival

Lebih menarik, sekiranya anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, anda boleh menebusi tiket “Rock Zone” di kaunter yang disediakan pada hari festival tersebut.

Wow! Malaysia Music Festival

Sebanyak 11 Artis tempatan terdiri daripada Datuk Sheila Majid, DOLLA, Alvin Chong, dan banyak lagi akan membuat persembahan dalam konsert ini dan juga countdown bersama untuk menyambut Hari Malaysia akan diadakan.

Malah, banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut dimana pengunjung boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga melihat persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penebusan tiket, layari laman sesawang ini ataupun ikuti sahaja media sosial Gembox.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Berlaku Pelanggaran SOP, Zarul Umbrella Respon Isu Gambar ‘Salted Peanuts’ Azfar Heri

Hanya Bawa Tangga, Pemuda Berani Menyamar Jadi Juruteknik Untuk Masuk Sneakerlah Secara Percuma