Berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik sebagai pengerusi kumpulan terbaru Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Difahamkan perletakan jawatan ini dibuat berikutan keputusannya sendiri bagi memfokuskan masanya kepada anak serta keluarga. Tan Sri Abdul Wahid Omar sebelum ini pernah berkhidmat selama 17 bersama syarikat-syarikat mega melibatkan Telekom Malaysia, Maybank serta UEM-Renong Group.

bank-negara-governor

Sumber: ibtimes

Menyebut tentang Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, beliau sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam ekonomi negara. Beliau sebelum ini pernah memengang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara sebelum diganti oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Tahniah kami ucapkan buat Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diatas perlantikan beliau sebagai pengerusi kumpulan PNB. Semoga dengan pelantikannya, orang ramai berpeluang menerima peningkatan dari segi keuntungan menerusi dana-dana yang dilaburkan di PNB.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group