Nampaknya sebuah lagi jawatan bakal disandang oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selepas dilantik menjadi pengerusi PNB serta ahli majlis penasihat dimana beliau kini berjaya dipilih sebagai pengerusi terbaru Sime Darby Property.

Difahamkan perlantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi Sime Darby Property ini dibuat bagi mengukuh dan memajukan syarikat pada masa dapan berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

bank-negara-governor
Sumber: IB Times

Menyebut tentang Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, beliau sememangnya individu yang tidak asing lagi dalam ekonomi negara. Beliau sebelum ini pernah memengang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara sebelum diganti oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Tahniah kami ucapkan buat Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz diatas perlantikan beliau sebagai pengerusi terbaru Sime Darby Property. Semoga dengan pelantikannya, syarikat ini berpeluang untuk melonjakkan keuntungan dengan jayanya.

Sumber