Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah dinobatkan oleh Majalah antarabangsa terkemuka, Time sebagai Ikon Tahun 2022 sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

Menerusi Instagram majalah itu, Time mengatakan pemilihan aktres yang berusia 60 tahun itu diumumkan atas pencapaiannya yang telah bekerja keras sebagai seorang bintang paling berpengaruh di Asia sejak beberapa dekad lamanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Yeoh dilihat sebagai seorang bintang besar untuk dunia perfileman Hong Kong di mana bakatnya melakonkan aksi lagak ngeri sendiri merupakan sesuatu yang jarang dapat dilihat.

Yeoh telah muncul dalam banyak filem Amerika sejak berpindah dari Hong Kong ke Hollywood pada 1997, antaranya filem James Bond, Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Beliau kembali menjadi sebutan ramai selepas membintangi filem Everything Everywhere All At Once yang ditayangkan pada Mac lalu. Filem tersebut mengisahkan Yeoh melakonkan watak sebagai isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia.

Bagaimanapun, kemunculan Yeoh dalam filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap sebagai detik yang ditunggu-tunggu di mana ramai yang percaya bahawa Yeoh boleh merangkul anugerah Oscar untuk peranan yang dimainkannya dalam filem tersebut.

“Saya ada memikirkannya. Bukan saya sahaja, saya fikir seluruh komuniti Asia turut memikirkannya. Mereka datang kepada saya dan beritahu, kamu melakukan ini untuk kami,” katanya semasa ditemu bual Lucy Feldman.

Yeoh juga turut berterima kasih kepada majalah Time dan sanggat berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut.

Sejak empat dekad lalu, Yeoh telah membintangi lebih 70 filem serta menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam seni halus daripada Institut Filem Amerika (AFI) di Los Angeles, California, Ogos lalu.