Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Jam 5.00 petang tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara rasmi barisan Jemaah Menteri baharu yang akan menerajui negara.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk melantik empat menteri kanan dalam usaha untuk memperkasakan beberapa aspek penting dalam negara. Beliau juga turut menegaskan tidak ada keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri setakat ini.

Screen Shot 2020-03-09 at 5.42.17 PM

Turut diwujudkan beberapa Kementerian baharu termasuk Kementerian Perpaduan Negara manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut diberikan portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal Ehwal Agama Islam.

Empat Menteri Kanan yang dilantik

YB Azmin Ali dipilih sebagai Menteri Kanan dan Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala timbalan menteri adalah Lim Ban Hong yang dilantik sebagai senator.

Menteri Kanan dan Pertahanan yang dipilih adalah Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan timbalannya adalah Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz. Portfolio Menteri Kanan dan Kerja Raya disandang oleh Dato’ Sri Fadillah Yusof manakala timbalan menteri bagi portfolio ini adalah Shahruddin Bin Md Salleh.

Jawatan Menteri Kanan dan Pendidikan disandang oleh Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin dan dibantu oleh dua timbalannya iaitu Muslimin Yahaya dan Dr Mah Hang Soon sebagai lantikan senator.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio ekonomi disandang oleh YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed manakala timbalannya adalah YB Arthur Joseph Kurup. Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta tugas-tugas khas disandang oleh YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan timalannya YB Datin Mastura Binti Yazid.

Senarai penuh Menteri Kabinet baharu Malaysia
CEO CIMB Group Malaysia Tengku Dato Sri Zafrul Abdul Aziz menjadi pembicara dalam sesi diskusi kedua Indian Ocean Rim Assosication (IORA) Business Summit di Jakarta Convention Centre, Senayan, Jakarta, Senin (6/3)
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan. Sumber: Aktual

YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku CEO bagi CIMB Bank dilantik sebagai senator bagi portfolio Menteri Kewangan.  Timbalan Menteri Kewangan pula adalah YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri manakala Timbalan Menteri Kewangan II adalah YB Mohd Shahar Bin Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang dilantik adalah YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Timbalannya YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib.

Menteri Pengangkutan disandang oleh YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan timbalan menteri YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah. Menteri Alam Sekitar yang dilantik adalah YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man dan timbalan Menteri Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang akan dilantik sebagai senator.

taki3-696×548
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan daripada parti PAS dipilih sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Parlimen dan Undang-undang. Sumber: Harakah Daily

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) disandang oleh YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan dan timbalannya YB Dato’ Eddin Syazlee Shith. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri YB Ahmad Marzuk Bin Shaary.

YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan dilantik Menteri Sumber Manusia manakala timbalannya adalah YB Haji Awang Bin Hashim. Menteri Wilayah Persekutuan disandang oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa dan timbalannya YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar.

Menteri Wanita dan Keluarga adalah YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun manakala timbalannya adalah YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff. Menteri Pengajian Tinggi disandang oleh YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad dan timbalan YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah dan timbalannya YB Ali Anak Biju. Menteri Dalam Negeri disandang oleh YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin manakal timbalannya adalah YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said dan YB Jonathan Yassin.

Menteri Kesihatan disandang oleh YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba serta timbalannya YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali Timbalan dan YB Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan adalah YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan timbalannya adalah YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah dan YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi. Menteri Pembangunan Luar Bandar adalah YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad serta dua timbalannya adalah YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad dan YB Dato’ Henry Sum Agong.

20150817_Hishammuddinhussein_st_1
Menteri Luar Negeri yang dilantik adalah YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. Sumber: Asia One

Menteri Luar Negeri yang dilantik adalah YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Menteri Luar Negeri disandang oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan timbalan menteri bagi portfolio ini adalah YB Dato’ Rosol Bin Wahid.

Menteri Komunikasi dan Multimedia disandang oleh YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah dan timbalan menteri YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah YB Hajah Zuraida Kamaruddin dan timbalan menteri YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib.

Screen Shot 2020-03-09 at 6.14.55 PM
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi disandang oleh YB Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi disandang oleh YB Khairy Jamaluddin dan timbalan menteri YB Ahmad Amzad Bin Hashim. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar manakala timbalan beliau adalah YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin.

Portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dipegang oleh YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali dan timbalan menteri YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng dan YB Willie anak Mongin. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan adalah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri dan timbalan menteri YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Menteri Perpaduan Negara disandang oleh YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique dan timbalan menteri YB Dato’ Sri Tiong King Sing. Menteri Belia dan Sukan bakal diterajui oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican timbalan menteri Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal yang akan dilantik sebagai senator.

Semoga barisan kabinet negara ini mampu membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Berikut beberapa berita berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lain. Klik pada pautan di bawah.

Muhyiddin Yassin Dilantik Perdana Menteri Ke-8

Indonesia ‘Claim’ Muhyiddin Sebenarnya Berasal Dari Riau Dan Berketurunan Bugis

Netizen Luah Perasaan, ‘Hashtag’ #NotMyPM Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik PM Ke-8