Tan Sri Shahril Abdul Samad selaku pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) baru-baru ini mempersoalkan ke mana perginya wang berjumlah RM4.3 bilion hasil penyenaraian  penyenaraian Felda Global Ventures (FGV).

Menurut laporan,  beliau yang juga merupakan ahli parlimen Johor Bahru berkata Felda memperolehi RM6 bilion hasil penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

“Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

“Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?,” katanya pada satu Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi yang diadakan di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di Johor Bahru.

Selain daripada itu beliau turut berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan. Perkaran ini sudah tentu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi tersebut.

“Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya

“Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah…mungkin disalah belanja,” katanya

Beliau turut menegaskan  adalah menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

“Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda,” katanya.

Sumber