CEO kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada minggu ini mengesahkan syarikat penerbangan kos rendah miliknya telah membuat tempahan bagi 66 unit pesawat Airbus 330.

Difahamkan pertambahan pesawat ini bakal membantu AirAsia X menambah laluan ke serata dunia. Lebih hebat, Tan Sri Tony Fernandes turut mengatakan pihak mereka mungkin akan menambah lebih lagi pesawat dalam masa terdekat ini.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1014067263199117312

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1014040401718767616

Tahniah kami ucapkan buat Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia. Melihat kepada langkah yang dibuat AirAsia, adakah kita akan melihat syarikat penerbangan kos rendah ini bakal membuka kembali laluan ke Eropah tidak lama lagi. Sebelum ini ura-ura bertiup kencang dimana London mungkin akan menjadi destinasi terbaru AirAsia.