Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam, Caprice telah persidangan video secara langsung di Instagram bersama dua influencer di Israel iaitu Shiraz dan Orin. Live tersebut mendapat perhatian ramai dan ditonton 202,000 orang.

Menurut Caprice, tujuan beliau mahu live bersama penduduk Israel ini bukanlah mahu menghentam sesiapa tetapi lebih kepada ingin menanam idea baru dalam kalangan penduduk di sana tentang isu pergelutan kemanusiaan di Palestine.

Menerusi live tersebut, dapat dilihat Caprice cukup bersabar dalam berhujah apabila Shiraz dan Orin dilihat tidak menjawab soalannya dengan baik dan bertindak seperti mahu cari gaduh.

Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestine, jawapan mereka cukup mudah kerana mereka tiada tempat untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka serta tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak salah.

Bahkan, live tersebut kelihatan tegang apabila berlaku pendebatan apabila wanita berkenaan yang dipercayai tidak suka dengan soalan yang dilontarkan oleh Caprice.

Malah, Caprice juga dilihat berhujah dengan fakta walaupun menerima jawapan yang tidak berasas daripada kedua-dua individu tersebut. Live yang berlangsung selama 2 jam tersebut berjaya meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa berang mendengar jawapan kedua-dua individu itu.

Para netizen turut mengatakan buang masa berhujah dengan orang yang tidak berilmu dan berfikiran sempit. Malah, rata-rata netizen hormat dan bangga pada Caprice kerana anjurkan platform seperti itu untuk memberikan kebenaran bersama fakta kepada para penduduk di Israel.

Tahap kesabaran Caprice ketika live tersebut turut dipuji netizen kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan sepanjang live berlangsung. Sebelum ini, Caprice juga pernah live berdebat secara spontam bersama penduduk di Israel dan turut mendapat perhatian ramai.

Tahukah anda, 30 bomoh di Indonesia serang Israel dengan menggunakan sihir dan roket ghaib? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Anda Mungkin Suka