Keluarga ikon bola sepak dunia, Diego Maradona difahamkan sudah mula merebut kekayaan bernilai USD$ 66 juta (RM 200 juta). Difahamkan sekurang-kurangnya 16 orang sudah tampil untuk membuat tuntutan harta terbabit.

Legenda Argentina berusia 60 tahun, yang meninggal dunia pada 25 November lalu akibat serangan jantung, dilaporkan tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada keluarganya.

Perang untuk mendapatkan harta Maradona bermula minggu ini apabila lima anaknya, tujuh anak luar nikah dan lima saudara perempuan Maradona tampil untuk menuntut harta pusaka pada pertemuan di sebuah lokasi rahsia di Buenos Aires.

“Perebutan untuk harta peninggalan Maradona tidak dapat ditandingi – ia akan menjadi seperti Piala Dunia,” kata salah satu sumber kepada The Sun.

Menurut surat tuntutan yang diberikan kepada mahkamah, ia mendedahkan bahawa harta milik Maradona termasuk wang tunai di Switzerland, Dubai dan di sini merangkumi hartanah di beberapa lokasi dan deretan kereta mewah.

Ia juga menunjukkan tuntutan wang tunai dari kontrak iklan dengan jenama besar termasuk Puma dan Coca-Cola.

Sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak dan jurulatih, Maradona memperoleh puluhan juta dolar melalui gaji dan wang sokongan dari syarikat-syarikat besar.

Difahamkan Maradona ada menyiapkan wasiat pada 2012 namun membatalkan empat tahun kemudian. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah anak yang tidak rapat atau tidak pernah bertemu dengan Maradona juga kini boleh menuntut hak yang sama rata. Ini tidak boleh diterima oleh anak-anak Maradona yang lain, kata sumber terbabit.

Untuk rekod, khidmat Maradona digunakan dengan dua bayaran rekod dunia ketika dia hadir ke Barcelona dan kemudian Napoli. Dia juga dikatakan pemain dengan gaji tertinggi di dunia. Setelah bersara, dia telah mengurus tujuh kelab berbeza dan melatih pasukan Argentina ke Piala Dunia 2010.

Walaupun kariernya dalam bola sepak dilihat berjaya, dia turut mengalami pelbagai masalah kewangan dan terpalit dengan beberapa isu seperti penyalahgunaan dadah dan suka berparti.

Terdahulu, Maradona dirakam sedang melayan dadah sewaktu mengurus pasukan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Maradona Tenang, Dirakam ‘Layan’ Dadah Sewaktu Mengurus Pasukan?

Patung Diego Maradona Jadi Bahan Lawak Selepas Diperlihatkan Di India