Rumah 2 1/2 tingkat yang terletak di Toronto, Kanada ini dibina di atas sebuah tanah berukuran 25.66 kaki lebar dan 179.76 kaki panjang.

rumah

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah ini masih kelihatan luas apabila susun atur ruang dalam rumah mengamalkan konsep terbuka. Manakala, senirekanya berkonsepkan moden di luar dan dalam.

rumah 01

Bagi saya keunikan kediaman ini terletak pada penempatan ruangan di dalam rumah. Apabila anda melangkah masuk dari pintu utama, anda akan lihat satu lobi yang panjang dan di hujungnya terdapat tangga menghala ke bawah.

rumah 02

Di sebelah tingkap yang besar, kelihatan meja makan yang sesuai untuk bersosial. Ia seperti 2 dalam 1 jika tetamu hadir ke rumah ini, ruang tamu dan ruang makan.

rumah 03

Setelah itu, ruang makan dipisahkan dengan satu pintu yang bersebelahan dengan tangga ke tingkat atas. Di tepinya terdapat kabinet putih yang memanjang. Pemilihan warna putih juga membuatkan ruangan di dalam kediaman ini terasa luas.

rumah 04

Ruang tamu atau lebih tepat ruang keluarga terletak di antara dapur dan tanah bahagian belakang rumah. Ia sangat sesuai untuk ahli keluarga bersantai sambil makan, menonton televisyen dan juga buat aktiviti di luar.

rumah 05

rumah 06

rumah 08

Dipisahkan dengan aras lantai yang berbeza dan tangga serta siling tinggi, ia masih membuatkan ruang ini luas meskipun fungsi berbeza.

rumah 17

Berbalik ke tangga di hujung lobi pula, ia menghala ke arah ruang bawah tanah. Di situ ditempatkan peralatan gimnasium, dan permainan. Ia boleh dikatakan satu ruang yang lebih persendirian berbanding ruang keluarga di atas.

rumah 18

rumah 19

rumah 20

Tangga ke tingkat atas pula terletak di sebelah ruang makan. Kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 1 bilik kecil serbaguna dan 4 bilik air. Dua bilik tidur di sebelah kiri mempunyai tingkap yang besar membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam. Seperti ada lorong, anda akan dibawa ke bilik tidur ketiga dan bilik tidur utama.

rumah 10

rumah 11

Baca: Lelaki Bujang Ini Kongsi Tip Bagaimana Hias Rumah Teres Setingkat Jadi Sebegini Cantik

rumah 13

rumah 14

Tambahan pula, tanah di belakang bangunan ini memanjang hingga ke hujung dan dilapisi dengan rumput yang kehijauan. Ia membuatkan penghuni terasa aman dan selesa. Lebih-lebih lagi terdapat pelantar besar di antara ruang dalam dan luar kediaman. Mudah untuk buat majlis BBQ atau buat aktiviti sukaneka.

rumah 07

Jika ada tanah seluas tapak rumah ini, anda masih boleh membina sebuah kediaman keluarga yang kelihatan luas dan cantik dengan penyusunan ruangan dan penetapan fungsi ruang yang saling melengkapi satu sama lain. Bagi saya, pemilik rumah ini mementingkan keselesaan ahli keluarga dengan penekanan fungsi ruang untuk penghuni rumah.