Ini adalah masa untuk panik. Hutan kita terbakar, lapangan ais kita semakin mencair dan kemusnahan alam semakin hari semakin menjadi-jadi.

Walaupun beberapa suara telah membunyikan tanda amaran sebagai langkah berjaga-jaga bahawa bumi kita sudah tenat.

Kita masih meneruskan hidup seharian seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Manakala di belakang laman rumah kita, plastik semakin hari semakin bertimbun.

Terkini, di atas kejahilan dan sikap tidak peduli manusia. Kita sedang memberi ancaman kepada kehidupan laut.

Marine-Cemetery-4

Untuk rekod, di India saja hampir 120 mamalia laut – termasuk ikan lumba-lumba, porpoise dan paus didapati mati di laut Mumbai dan sekitarnya.

Bangkai mereka terdampar ke persisir pantai dalam jumlah yang besar di pantai Goa dan Kerala. Salah siapa? Ya, salah plastik. Bukan salah kita.

6.4 juta tan sampah laut dilepaskan ke laut setiap tahun. Sampah pantai – 50 peratus yang merupakan sisa plastik – menimbulkan ancaman serius kepada kehidupan marin kita.

Pencemaran air dan plastik, overexploitation dan perubahan iklim telah menyebabkan kepupusan 15 spesies marin, dan pada masa ini mengancam hampir 700 nyawa lagi.

Marine-Cemetery-1

Tanah Perkuburan Laut

Sebuah syarikat sukan air telah menjalankan tanggungjawab sosial bagi memberi kesedaran kepada alam sekitar dengan membina tanah perkuburan marin bagi mengingati kehidupan laut yang meninggal dunia disebabkan kecuaian kita.

Selama tiga bulan yang lalu, Jellyfish Watersports yang berpusat di Kerala telah bekerjasama dengan aktivis alam sekitar Aakash Ranison, untuk menyebarkan kesedaran mengenai kesan pencemaran plastik.

Pada 4 Disember 2019 yang juga menjadi Hari Pemuliharaan Hidupan Liar Dunia, Tanah Perkuburan Marin pertama di dunia telah dibina sepenuhnya daripada botol plastik.

1575460067108-Beypore-Beach-Cleanup

Ia mewakili masa depan hidup akuatik kita dan memberi amaran tentang apa yang akan berlaku kepada mereka.

Pemakaman ini bagi memberi penghormatan kepada lapan jenis spesies marin yang terancam. Ia juga untuk mengingatkan kita tentang kesan daripada kita keegoan kita.

Walaupun jalannya dilihat masih panjang, tapi ia harus bermula hari ini kerana kesannya nanti akan memberi kebaikan kepada kehidupan laut kita untuk berehat dan selamat dari plastik.

Kami pernah menulis beberapa kesan pencemaran global kepada alam sekitar. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Pemanasan Global Mengubah Bentuk Muka Bumi Switzerland Secara Drastik

Kecewa Isu Sampah Tidak Selesai, Lelaki Ini Buat ‘Penghantaran Khas’ Ke Ibu Pejabat Foodpanda

Tiga Lokasi Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050