Hujan masih lagi membasahi kawasan Atami di Jepun ketika pihak penyelamat sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang hilang dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.

Menurut seorang wakil pegawai pemerintah tempatan, sepuluh orang mangsa telah berjaya diselamatkan, dua orang disahkan meninggal dunia, manakala 20 orang lagi masih hilang dalam insiden bencana alam yang berlaku di Atami, Wilayah Shizuoka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami meneruskan operasi menyelamat pada awal pagi dengan sekitar 1,000 penyelamat, termasuk 140 tentera.

“Pada masa yang sama, kami berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa yang masih terselamat secepat mungkin sambil menjalankan operasi dengan penuh berjaga-jaga kerana hujan masih turun ketika ini,” terang wakil pegawai pengurusan bencana wilayah Shizuoka.

Kira-kira 2,800 buah rumah di Atami ditinggalkan tanpa bekalan elektrik, kata Tokyo Electric Power Company. Bandar ini adalah pusat peranginan air panas yang terkenal yang terletak 90km dari Tokyo.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga telah memberi amaran kepada penduduk agar tetap waspada terhadap sebarang kejadian tanah runtuh susulan yang mungkin berlaku ekoran tiada tanda-tanda hujan akan berhenti dalam waktu terdekat.

Difahamkan hampir 80 buah rumah telah musnah di dalam kejadian tanah runtuh yang mencapai kira-kira sejauh dua kilometer. Seramai 20,000 penduduk serta penduduk bandar lain di Shizuoka telah diperintahkan untuk ‘berpindah segera dengan selamat’ setelah insiden di Atami berlaku.

Pihak berkuasa tempatan telah memberi amaran kepada penduduk sebelum ini agar melindungi diri mereka dari situasi yang boleh ‘mengancam keselamatan’ setelah 12.4 inci hujan turun dalam tempoh 48 jam — 30% lebih tinggi daripada purata hujan yang turun sepanjang bulan Julai di bandar Atami yang terkenal dengan sumber air panas semula jadi.

Pada bulan Februari lalu, wilayah Fukushima digemparkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.1 magnitud.

Lihat Rakaman Situasi ‘Tenang’ Dialami Rakyat Jepun Saat Gempa 7.1 Gegarkan Wilayah Fukushima

Lihat Peta Asia Tenggara Kejadian Gempa Bumi Dan Laluan Taufan Sepanjang 25 Tahun

Gempa Bumi Kuat Di Fukushima, Kereta Api Laju ‘Shinkansen’ Dihentikan Operasi