Bagaimana anda tahu pasangan anda seorang yang serius dalam perhubungan? Adakah si dia benar-benar mencintai anda atau ada agenda lain disebaliknya?

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh mengungkapkan “I love you” tanpa ada rasa cinta di hatinya. Tetapi ada satu cara untuk mengenalpasti tanda-tanda seseorang menyintai anda. Tetapi jangan tersalah tafsir pula apabila seseorang berbuat baik dengan anda. Jadikan diri lebih prihatin dalam melakukan penilaian sebegini.

Berikut adalah 10 tanda cinta seseorang mencintai anda, terutama lelaki kerana ada kata-kata menyatakan “Jangan percaya apa yang lelaki katakan, hanya percaya apa yang lelaki lakukan.”

1. Dia hanya pergi ke tempat yang anda mahu pergi atau dimana anda berada

Kebiasaannya orang akan ada tempat yang dia tidak suka kunjungi atau hadiri. Tetapi kerana anda mahu pergi ke situ atau anda berada di situ, ia menyebabkan dirinya turut terdorong untuk hadir disitu. Tempat yang tak suka terus bertukar menjadi tempat yang perlu dikunjungi/dihadiri. Semuanya kerana anda! So sweet!

2. Dia berada disisi anda walaupun itu penyakit berjangkit

Ini kerana dia mahu menjadi orang penting disaat anda mengharungi kesakitan. Dia mahu menjadi penjaga dan pelindung tatkala anda sakit. Waktu itulah dia menunjukkan rasa cinta dan pengabadian cinta kepada anda. Baginya, menjaga anda semalaman sehingga sembuh lebih bermakna berbanding malam berlalu tanpa anda di dalam hidupnya.

3. Dia belanja rakan-rakan anda

Dia berbuat demikian bukanlah kerana mahu menunjuk-nunjuk bahawa dirinya mampu. Tetapi dia hanya mahu menggembirakan anda dan rakan-rakan yang rapat dengan anda juga. Untunglah kawan, dapat tumpang sekaki!

4. Dia sediakan makanan yang anda suka

Walaupun dia tak tahu masak, dia akan belajar masak bagi menyediakan makanan yang anda suka. Jika tidak cukup masa, dia akan beli makanan itu dan berikan kepada anda sebagai tanda ingatan bahawa dia tahu apa yang anda suka dan perlukan.

5. Dia jumpa anda sejurus balik daripada perjalanan jauh

Dia sudah tidak dapat menanggung rindu kejauhan daripada anda. Maka, tanpa membuang masa dia terus berjumpa anda sejurus menjejakkan kaki di tanah air. Oh ya! Biasanya dia turut bawa hadiah untuk anda. Nantikannya!

6. Dia akan mesej anda walaupun sibuk

Dia tidak akan membiarkan anda ternanti-nanti begitu lama. Dia akan tetap membalas mesej anda walaupun dalam kesibukan kerja atau ada situasi yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana dia tidak mahu anda risau dan susah hati kerananya. Sekiranya dia biasa berbuat begitu tetapi tiba-tiba tidak membalas atau menghantar mesej kepada anda, laporkan kepada polis segera. Mungkin sesuatu telah terjadi kepadanya.

7. Dia fokus perkara kecil tentang anda tetapi penting baginya

Dia akan ingat dan tulis di dalam buku atau telefon tentang apa yang anda suka, apa yang anda benci, apa yang anda alergik dan lain-lain lagi kerana dia tidak mahu terlepas pandang hingga menyebabkan anda terasa hati atau jatuh sakit kerana kurang keprihatinannya terhadap anda.

8. Dia akan cuba menjodohkan rakan dia dengan rakan anda

Kadang-kala anda berpakat dengan si dia juga untuk menjodohkan rakan-rakan anda yang masih bujang dan keseorangan. Ini kerana dia mahu rakan-rakannya menjadi lebih rapat dengan anda. Salah satu caranya ialah merapatkan rakan dia dengan rakan anda. Brilliant kan! Ini membuatkan anda lebih rapat dengan kehidupannya.

9. Dia mahu bawa beg anda atau apa sahaja yang ada di tangan anda

Ini seorang lelaki yang bertanggungjawab tanpa mementingkan imej dirinya. Kebiasaannya kita akan lihat lelaki membawakan beg tangan pasangannya. Malah ada yang turut memegang semua beg kertas membeli-belah. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana ada jenis lelaki yang lepas tangan apabila sudah berkahwin kelak. Contohnya, dia akan berjalan seorang diri di depan anda, sedangkan anda terpaksa mendukung anak dan memimpin tangan anak yang seorang lagi. Tidak patut! Tidak patut!

10. Dia tidak berpura-pura

Aksinya dan interaksinya tetap sama sewaktu dia berdepan dengan rakan-rakan dan keluarganya. Maka, dia tidak berpura-pura. Malah, dia tidak malu memperkenalkan anda sebagai pasangannya. Dan lebih membanggakan dia menceritakan perancangannya dengan rakan dan keluarga untuk mengahwini anda.

Wah! Love is in the air! Baca 10 perkara ini terus teringat si dia kan.

Maka, anda tidak perlu rasa tidak dicintai atau tidak selamat kerana si dia tidak menyatakan ungkapan cinta setiap hari. Anda boleh tahu dia cinta anda melalui pandangan matanya, kelakuannya dan rasa ambil beratnya terhadap anda.

Namun begitu, jangan mengambil serius kebaikannya sekiranya si dia tidak menyatakan apakah nama perhubungan anda dengan dia kerana dikhuatiri dia hanya berbuat baik sesama insan sahaja. Tiada apa yang istimewa diantaranya. Oleh itu, berhati-hatilah dalam mencari pasangan. Ini hanyalah rujukan sahaja. Bukan ultimate facts dalam perhubungan cinta.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber