Seorang pengantin lelaki terkejut setelah menyedari bahawa dia berjaya memenangi £ 10,000 (RM55,000) apabila taruhannya mengena pada hari perkahwinannya.

Richard Purcell, seorang peminat bola sepak berusia 57 tahun dari Widnes, Cheshire jelas menunjukkan bahawa dia sedang sibuk menguruskan perkahwinan dengan isterinya, Victoria sehingga lupa untuk memeriksa kupon yang dia taruhkan untuk aksi bola sepak Sabtu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang mempertaruhkan dengan kupon Goals Galore No Draw kemudiannya melihat keputusan perlawanan dan mula menyedari semua yang dia taruhkan untuk memenangi wang ribuan pound mengena.

Bagi anda yang tidak tahu, Goals Galore No Draw adalah pertaruhan di mana anda mesti memilih perlawanan di mana kedua-dua pasukan menjaringkan gol tetapi keputusannya tidak berakhir dengan seri.

Antara perlawanan yang dipertaruhkan oleh Purcell adalah perlawanan di antara pasukan Arbroath dan Ayr, Annan Athletic dan Queen’s Park, Burton Albion dan Doncaster Rovers, AFC Wimbledon dan Crewe Alexandra, Leyton Orient dan Crawley Town, terakhir sekali Newport County dan Oldham Athletic.

Ketika ditemubual oleh Liverpool Echo, dia berkata bahawa dia sibuk menjayakan majlis perkahwinannya dengan isteri dan terkejut apabila melihat sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Saya akan menggunakannya dengan baik. Mengenai bulan madu, kami telah menempah hotel yang bagus di Chester. Saya lelaki paling beruntung yang masih hidup – dan bukan hanya kerana pengantin perempuan saya.”

Terdahulu, seorang anak daripada orang ketiga terkaya di Malaysia telah memilih jalan untuk menjadi Sami Buddha di Thailand. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Anak Kepada Orang Ketiga Terkaya Di Malaysia Yang Memilih Untuk Menjadi Sami Buddha