Gerakan Black Lives Matter di Amerika Syarikat telah memacu kepada perubahan besar syarikat kosmetik dari Perancis L’Oreal yang mengumumkan akan menghapuskan ayat seperti pemutihan dari produk mereka.

Perubahan ini bertujuan untuk menyokong gerakan anti-perkauman yang marak di banyak negara, termasuk Perancis sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

L’Oreal bukanlah produk pertama yang membuang ayat pemutihan di produk mereka. Terdahulu, Unilever, Johnson & Johnson dan Mars juga telah bertindak dengan gerakan yang sama.

“Kumpulan L’Oreal telah memutuskan untuk menghapus kata-kata seperti putih, memutihkan, terang, mencerahkan kulit dari semua produk penjagaan kulit,” kata syarikat.

Pengumuman ini dikeluarkan berikutan keputusan Unilever untuk menukar nama krim pemutih kulit dalam produk Fair & Lovely dengan alasan yang sama. Unilever berkata bahawa mereka akan membuang perkataan “enlighten” dalam keterangan produknya untuk “menghormati semua warna kulit”.

Selain L’Oreal, jenama makanan Quaker Oats turut mengambil langkah yang sama dengan berjanji untuk menukar gambar Aunt Jemima yang berusia 130 tahun dari makanan mereka, dengan mengatakan ia mewakili “stereotaip kaum”.

Australia juga akan menukar nama Allen’s Red Skins dan produk gula-gula Chicos buatan Nestle, kerana dianggap sebagai konotasi kaum.

Sementara itu Colgate-Palmolive akan “memikirkan kembali” nama jenama ubat gigi Darlie yang dijual di Asia, kerana ia bermaksud “ubat gigi hitam” untuk orang China. Sehingga tahun 1989 jenama itu dijuluki dengan nama Darkie.

Kematian George Floyd di Amerika Syarikat telah memacukan kepada gerakan anti-perkauman di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dakwa Kematian George Floyd Ada Kaitan Dengan Freemason, Ini ‘Bukti’ Yang Dibongkarkan Netizen

Kaki Judi Sokong Dwayne ‘The Rock’ Johnson Untuk Jawatan Presiden Amerika Syarikat

Netizen Berang, Bekas Miss Malaysia Kata Orang Afrika-Amerika ‘Pilih Untuk Dilahirkan Hitam’

Sumber