Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila penunggang Foodpanda telah memulakan mogok kerana tidak berpuas hati dengan skim pembayaran baharu yang jauh lebih rendah diperkenalkan sejak 30 September 2019.

Isu berkenaan kemudiannya mendapat perhatian pengurusan Foodpanda. Apa yang mengejutkan adalah apabila pengarah urusan Foodpanda, Sayantan Das seperti tidak kisah jika para rider meninggalkan perkhidmatan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga dilihat kecewa dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Foodpanda. Tidak setuju dengan respon yang dibuat oleh pihak pengurusan Foodpanda, netizen mula melancarkan kempen boikot servis Foodpanda.

Jika dilihat di Twitter, #UninstallFoodPanda sedang trending dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa mereka dan mula memadam aplikasi tersebut dalam telefon pintar mereka.

https://twitter.com/Jeff_Carlito/status/1181437607982465024

https://twitter.com/boolat365/status/1181178396736286720

Malah, pelukis grafik Fahmi Reza turut menyokong gerakan kempen memboikot Foodpanda ini dengan melukis grafik khas ‘padam Foodpanda’ ini. Selain itu, sebuah page khas untuk memboikot Foodpanda turut dicipta di Facebook hari ini dan kini telah mempunyai lebih 9,000 likes.

Diharap Foodpanda akan mengkaji semula skim bayaran kepada para rider yang setia berkhidmat untuk servis mereka sehingga kini. Apa pula pendapat anda tentang isu dan kempen yang sedang berjalan ini?

Bagi anda yang tidak tahu isu yang berlaku ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pengarah Urusan Foodpanda Tidak Kisah Jika ‘Rider’ Tinggalkan Servis Mereka

Penghantar Foodpanda OKU Ini Buat Netizen Sebak