Buat anda yang sering mengikuti berita tentang perkembangan Apple, pastinya anda tahu Apple ketika ini sedang membangunkan sebuah pejabat khas yang dipanggil sebagai Apple Campus 2 di Cupertino, California.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek yang menelan belanja sehingga $5 billion USD ini telah mula dibangunkan sejak 2011 dan bakal dijadikan sebagai pejabat utama buat syarikat Apple. Melihat kepada rekabentuk bangunan, Apple Campus 2 telah diinspirasikan daripada spaceship.

Dalam pada itu, terdapat sesuatu yang agak ‘rare’ berlaku semasa pembangunan Apple Campus 2 dimana pihak Apple dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menyertakan mangkuk tandas yang diinspirasikan daripada home button iPhone. Berikut merupakan rekaan konsep bagaimana Apple bakal realisasikan impian mereka ini.

Pada mulanya kami berangapan berita ini sekadar troll sehinggakan kami menemui sumber daripada Mashable yang mengatakan Apple bersetuju untuk merealisasikannya setelah 15 mesyuarat dilangsungkan. Konsep yang bakal dipilih ini bakal diusahakan oleh de la Torre selaku arkitek dari Jermen.

Kami harap idea mangkuk tandas Apple ini tidak diciplak oleh syarikat dari China untuk dijual kepada pasaran umum.

Sumber