Sabtu lalu, Tandas Awam Rantau Abang telah dinobatkan sebagai tandas terbaik di ASEAN Public Toilet Standard 2019. Acara ini telah diadakan sempena ASEAN Tourism Forum yang diadakan Ha Long City, Vietnam.

Pengiktirafan ini bukanlah pertama kali diterima oleh pihak pengurusan Tandas Awan Rantau Panjang, malah sebelum ini tandas ini telah mendapat Anugerah Perak di sambutan Hari Tandas Sedunia di Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WhatsApp Image 2019-01-20 at 14.57.28
Sumber: Teganukita.net

Tandas Awam Rantau Abang bukanlah satu-satunya tandas yang diberi perhatian di Terengganu malah sebanyak 17 tandas awam di negeri ini telah dinaiktaraf dan sibaik pulih dalam usaha untuk menjadikan tandas awam di negeri tersebut sebagai tandas bersih.

Dalam acara yang sama, 16 tandas awam dari seluruh Malaysia juga telah terpilih antaranya tandas awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas awam Plaza Merdeka Kuching, tandas Masjid Cina Melaka dan tandas awam Restoran Foh San Perak.