Dalam menuju ke arah digitalisasi, kerajaan sendiri telah mula mengadaptasi teknologi dan aplikasi dalam memudahkan urusan seharian. Ini termasuklah dengan penggunaan dompet digital dan banyak lagi.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang dalam usaha mengaplikasikan teknologi tandatangan digital bidang penjagaan kesihatan digital di Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB SKMM

Rentetan daripada itu, satu sesi meja bulat bagi membincangkan pembangunan dan pelaksanaan teknologi tersebut telah diadakan dengan kerjasama Makmal Kawal Selia Perkhidmatan Kesihatan Dalam Talian (OHS Reglab) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

SKMM berkata mereka sebagai pengawal selia di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 (ATD 1977) sedia menyambut baik usaha yang diambil oleh OHS Reglab dalam mempertingkatkan tahap kebolehpercayaan pelbagai perkhidmatan di dalam penjagaan digital dengan menggunakan tandatangan digital ini.

Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik yang digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar atau penandatangan sesuatu mesej dan digunakan bagi memastikan sesuatu masalah adalah betul dan sah dalam satu transaksi elektronik.

Selepas ini, sebarang urusan dalam industri penjagaan kesihatan bakal dilengkapi dengan teknologi tandatangan digital yang mampu merekodkan pengesahan transaksi elektronik dengan tepat. Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan ketelusan dan juga lebih tersusun untuk rujukan kelak.

Sumber