Ini adalah salah satu tarikan pelancongan baharu yang sedang hot di Vietnam. Satu jambatan sepanjang 150 meter telah dibina di pinggir gunung di Da Nang, Vietnam dan ianya ‘dipegang’ oleh sepasang tangan emas yang besar.

Terletak 1,400m di atas paras laut di gunung Ba Na, Golden Bridge ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums yang menghiasi jambatan ini.

Viet Hand 3

Viet Hand 2

Ianya sebahagian daripada pelaburan USD2 billion oleh kerajaan Vietnam untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Ianya juga satu cara untuk menarik pelancong ke sebuah lagi kawasan pelancongan, Thien Thai Garden yang berada di berdekatan Golden Bridge ini.

Jadi anda yang akan ke Vietnam di masa akan datang, boleh masukkan Golden Bridge ini dalam itinerary anda.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group