Nota Editor: Terima kasih kepada Puan Ony Nurhusni kerana sudi berkongsi 5 langkah ini melalui #YesVocket. Anda juga boleh menyumbang kepada Vocket melalui hashtag tersebut di Facebook.

Bagaimana Menangani Penolakan Dari Prospek

Posting ini agak panjang. Mohon dibaca dengan perlahan- lahan dan dengan hati yang lapang kerana harapan saya semoga ia dapat membantu anda agar tidak mudah ‘down’ apabila kena reject terutamanya semasa peringkat awal bisnes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ony-nurhusni
Puan Ony Nurhusni

Dalam dunia bisnes, rejection atau penolakan dari prospek itu adalah satu perkara yang NORMAL. Lebih-lebih lagi jika kita ‘orang baru’ yang tidak biasa menjual.

Masih ‘merah’ dan sangat sensitif.

Maka mudahlah terkesan dengan penolakan atau senang cakap – bila orang tak mahu beli dengan kita atau orang tak suka produk kita, kita terus rasa down!

Well.. It’s ok. Tak beli tak apa..

Cuma apa yang patut kita buat jika orang tak nak beli produk kita?

1. Ubah Mindset

Mindset atau dalam Bahasa Melayu ialah cara berfikir. Sebelum memulakan bisnes, seseorang usahawan itu mesti sudah tahu sebenarnya bahawa apa sahaja produk atau servis pasti akan berdepan dengan rejection.

Mula-mula mungkin tak banyak pun yang akan membeli dari kita. Ini bukanlah bermaksud kita terus letakkan fikiran negatif.

Saya lebih suka mengatakan ia sebagai persediaan minda dalam menghadapi rejection. Jadi kesannya nanti kurang ‘parah’ dan kita dapat move on dengan cepat

2. Sasaran

Apabila kita dah ada mindset seperti atas dan boleh terima rejection, barulah kita akan mula nampak siapakah sebenar-benarnya pelanggan kita.

Jadi perlu bersedia bukan setakat 5 orang yang reject kita, biasakan juga dengan 50, 100 atau lebih lagi rejection. Sebab dari situ kita akan tahu sasaran atau target kita.

Target kita ialah mereka yang MAHU membeli. Rejection boleh berlaku jika kita gagal mengenal pasti target (hungry customer) dengan baik.

Apapun, jika mereka masih tidak berminat untuk membeli, it’s ok, jalan terus.
smile emoticon

3. Rapport atau Hubungan Baik

Bina hubungan atau silaturrahim dahulu dengan prospek. Jika mula-mula dia reject kita, janganlah memusuhi orang itu pula atau pandang negatif pada dia. Teruskanlah berkongsi kebaikan produk.

Dia tak membeli hari ini, mungkin sebab dia tidak perlukan produk kita lagi. Mana tahu esok lusa atau lepas 3 bulan dia perlukan produk kita.

So keep sharing, keep posting and keep engaging.

Fitrah manusia, kita akan lebih mudah membeli dengan orang yang sudah kita kenal dan selesa. Ini satu proses, ia ambil masa.

Saya sendiri ada pelanggan yang mula membeli dari saya setelah 2 tahun (berdasarkan history of conversation). Kalaulah saya quit, mesti menyesal sebab pelanggan itulah antara agen Annona paling aktif sekarang.

4. Introspek diri & bisnes.

Bahagian ini sangat penting. Atau erti kata lain, sentiasalah muhasabah kembali apa kelemahan dan kesilapan dari sudut kita secara peribadi dan dari sudut bisnes yang menyebabkan orang tidak membeli.

Hakikat orang tidak membeli disebabkan oleh 3 perkara ini:

  • tidak cukup duit
  • tidak yakin
  • tidak percaya

Mungkin penerangan kita masih belum cukup untuk meraih kepercayaan prospek.

Mungkin komunikasi kita kurang mantap dan tidak jelas semasa menjawab pertanyaan prospek akibat kurang ilmu.

Mungkin prospek merasakan produk kita mahal dan tidak mampu untuk membeli.

Mungkin penampilan produk (design, packaging, branding) atau positioning diri kita sendiri yang tidak cukup meyakinkan.

Jadi apabila kita dapat kenalpasti kelemahan kita, di situlah kita akan mula berubah dan bertindak.

5. Attitude atau Sikap

Usahawan yang positif melihat rejection sebagai satu kebaikan. Bukan musibah. Kerana setiap yang berlaku, baik atau buruk, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Saya melihatnya sebagai hikmah kerana selain kita kena upgrade ilmu lagi, ini mungkin juga salah satu cara Allah nak elak sesuatu kemudaratan yang kita tidak ketahui dan ia di luar jangkauan dan batasan ilmu kita di mana jika prospek guna produk kita, ia mungkin tidak sesuai atau menjadi lebih teruk lagi.

Wallahua’lam.. semoga dijauhkan..

InsyaAllah apabila kita perbaiki 5 perkara asas di atas, lambat laun kita akan raih keyakinan, kepercayaan dan akhirnya berjaya menukar prospek kepada pelanggan. Yang penting jangan putus asa okeh!

Terima kasih kalau anda baca sampai habis .

Like tanda anda sudah baca.
Share supaya ia dapat memberi manfaat juga kepada orang lain yang memerlukan.

Jazakallahu khairan kathira.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber