Hari ini pasti terpahat dalam memori graduan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila pihak pengurusan universiti telah menangguhkan majlis konvokesyen sebentar untuk memastikan semua graduan dapat bersama dalam majlis gilang-gemilang itu.

Pada pukul 8.44 pagi tadi, Facebook USM ada memuat naik satu hantaran memaklumkan terdapat kesesakan lalu lintas di luar jangkaan ekoran berlakunya satu kemalangan maut membabitkan pemandu serta kelindan lori.

Kira-kira dua jam selepas itu, USM memuat naik satu lagi hantaran Facebook memaklumkan graduan yang terlibat berjaya sampai ke kampus induk untuk melengkapkan majlis konvokesyen tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Universiti Sains Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Universiti Sains Malaysia

Difahamkan, pihak pengurusan universiti juga telah menangguhkan majlis selama 30 minit bagi memudahkan perjalanan graduan yang terlibat dalam kesesakan lalu lintas di luar jangkaan pagi tadi.

Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat perhatian netizen, ramai memuji keprihatinan pihak pengurusan universiti yang menyelami permasalahan berlaku tanpa diduga oleh graduan.

Ada ibu graduan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mendoakan agar urusan anaknya dipermudahkan untuk sampai ke kampus induk tepat pada masanya.

Sumber Gambar: Facebook USM
Sumber Gambar: Facebook USM
Sumber Gambar: Facebook USM
Sumber Gambar: Facebook USM

Setakat artikel ini ditulis, hantara Facebook itu masih lagi dihujani komen-komen ucapan tahniah kepada para graduan dan juga pujian kepada pihak USM bagi menjayakan Upacara Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (Sidang 5) pada hari ini.

Dalam pada itu, portal Malaysia Gazette melaporkan pihak polis merakam keterangan pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan pemandu serta kelindan lori di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala pulau di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas di luar jangkaan pada hari ini.

Mahu bantu para pelajar menjadi lebih produktif dan produsif, USM telah ubah suai rekaan hostel menjadi ala ‘Hotel 5 Bintang’.

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia

Menarik Dan Kreatif, Netizen Puji Cara ‘Admin’ Media Sosial USM Raikan Kedatangan Pelajar Baharu