1. Ibu Bapa Dan Ahli Keluarga Terdekat Sebagai Contoh

Semasa peringkat tumbesaran awal kanak-kanak, mereka suka memerhati keadaan sekeliling. Ini termasuklah tingkahlaku orang dewasa disekeliling mereka. Maka, ibu bapa dan ahli keluarga terdekat perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak jika mahu mereka mempunyai kelakuan yang baik dan bertanggungjawab kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contohnya, jika anda berjanji, maka berusahalah menepatinya. Jika anda bercakap, maka cakaplah perkataan yang baik-baik sahaja. Jika anda mahu kanak-kanak berkelakuan lembut, jangan bersikap kasar terhadap mereka. Jika anda membuang sampah, buanglah di dalam tong sampah.

Anda tidak boleh sekadar suruh kanak-kanak berbuat sedemikian rupa tetapi perbuatan anda adalah sebaliknya. Ia akan mengundang kekeliruan kepada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak, anda adalah idola dan contoh mereka. Hargailah detik-detik ini.

https://www.youtube.com/watch?v=xnGmjrdN-gU

2. Beri Tugasan/Tanggungjawab Secara Berperingkat

Kanak-kanak belajar sesuatu perkara secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik. Pengalaman tersebut akan mendewasakan mereka. Begitu juga dengan tanggungjawab.

Kanak-kanak suka apabila mereka dipercayai oleh orang dewasa. Percaya mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga. Umur yang sesuai untuk beri mereka merasai tugasan atau tanggungjawab boleh dilakukan seawal usia 2 atau 3 tahun.

Contohnya mulakan dengan beri mereka belajar cara jaga diri sendiri melalui aktiviti berus gigi dan basuh tangan sendiri selepas menggunakan tandas atau sebelum makan. Disusuli dengan meminta kanak-kanak mengemas barang permainan mereka dan meletakkan pakaian kotor mereka di dalam bakul dobi di rumah.

Selepas itu pasti anda akan terdengar dari mulut mereka dialog seperti ini:

“Aleesya dah besar, Aleesya boleh buat ini.”, atau

“Aleesya nak tolong juga. Aleesya boleh buat ini.”

InsyaALLAH dengan pendedahan tanggungjawab secara berperingkat ini akan memupuk sifat yang positif di dalam diri kanak-kanak. Mereka akan berasa bangga kerana mereka dipercayai oleh orang dewasa apabila diberi sesuatu tugasan. Anda sebagai orang dewasa juga perlulah tahu apakah tugasan yang sesuai mengikut usia kanak-kanak. Jangan sampai mendera pula :)

respons

3. Ibu Bapa Bersikap Terbuka

Anda boleh lakukan satu eksperimen di rumah untuk menguji rasa tanggungjawab anak-anak. Contohnya, ambil satu masa dan anda tidak melakukan apa-apa di rumah tetapi pastikan ia tidak mengancam keselamatan anak-anak anda. Situasi ini membuatkan anak-anak anda perlu melakukan kerja sendiri – kerja sekolah, kerja rumah, projek sekolah, makan, selesaikan adik-beradik bergaduh dan lain-lain.

Apabila selesai eksperimen tersebut, panggil anak-anak anda dan tanya apakah perasaan mereka apabila diberi kebebasan tanpa panduan dan jagaan ibu bapa. Dengarlah apa yang mereka perkatakan. Ini memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap secara terbuka tentang perasaan dan pengalaman mereka. Ini juga membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka boleh lakukan sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa melakukannya untuk mereka.

Anda terangkan semula kepada mereka perkara yang betul dan salah. Anda terangkan kepada mereka bahawa apabila mereka dapat melakukan sesuatu dengan sendiri itu adalah satu pencapaian yang baik dan mereka boleh dapat penghargaan.

o-PARENTS-KIDS-TALK-facebook

4. Permainan Tanggungjawab

Buatkan 20 kad bertulis seperti senario di bawah ini:

i. Saya meninggalkan kerja sekolah di atas meja dalam bilik saya.
ii. Saya terlupa menyediakan makan tengah hari untuk sekolah
iii. Orang yang saya tidak kenal menawarkan saya menumpang kenderaannya
iv. Seorang kawan buat sesuatu yang tidak baik dan saya tahu tentangnya.

Kemudian, orang pertama akan memilih satu kad daripada 20 kad tersebut dan membaca senario tersebut dengan kuat. Semua orang akan diberi masa untuk berfikir tentang bagaimana cara mengendalikan senario tersebut. Orang yang memegang kad tersebut akan meminta semua orang memberi pendapat dan memilih pendapat yang dirasakan paling patut dibuat dan terangkan kenapa.

Permainan seperti ini membentuk satu pengalaman interaktif untuk semua ahli keluarga dan mengajar kanak-kanak berfikir serta menanam nilai-nilai tanggungjawab di dalam diri mereka pada usia muda.

86511744_XS

5. Sikap Tidak Bertanggungjawab Akan Menerima Kesannya

Kanak-kanak perlu tahu dan faham bahawa setiap sikap atau tindakan tidak bertanggungjawab akan menerima kesannya. Ini bagi mengajar kanak-kanak agar sedar tanggungjawab itu satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main dan perlu dilakukan dengan baik.

Terangkan dengan jelas kepada kanak-kanak tentang kesan mengabaikan tanggungjawab atau melakukannya sambil lewa. Apabila terjadi sesuatu, biarkan kanak-kanak merasai kesannya agar mereka menjadi lebih beringat kelak.

Contoh, kanak-kanak selalu terlupa bawa buku atau peralatannya ke sekolah. Lalu menelefon ibunya untuk meminta buku atau peralatan tersebut di hantar ke sekolah. Sekiranya perkara ini selalu berulangan, anda sebagai ibu bapa harus menghentikannya. Berhenti menutupi kesalahan anak tersebut. Jelaskan padanya ia tidak patut dilakukan sedemikian lupa dan jika terjadi lagi selepas ini, anak anda akan menerima kesannya seperti didenda guru.

punishment-versus-discipline-chart

Bagaimana anda mendidik anak-anak tentang tanggungjawab?

Kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruangan komen atau di Facebook The Vocket disini

Sumber: Quick and Dirty Tips