Di saat pandemik COVID-19 masih belum reda di Malaysia, nampaknya masih ramai individu serta keluarga yang sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semata-mata untuk balik beraya di kampung dengan merentas negeri.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan sejak 13 Mei, jumlah kenderaan yang diarah patah balik setakat ini sudah mencecah lebih 2,405 daripada 118,852  kenderaan yang ditahan. Lebih parah, jumlah kenderaan yang mahu merentas negeri dilaporkan semakin bertambah dimana 708 daripada 21,993 kenderaan telah diarah untuk patas balik di Selangor setakat kelmarin sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, Lebuhraya PLUS Tanjung Malim Arah Utara dilaporkan sesak panjang berikutan jumlah kenderaan yang banyak merentas negeri. 

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam menghalang orang ramai tidak sewenang-wenangnya merentas negeri, Selangor sedia tambah lima lagi sekatan jalan bermula hari ini. Selain itu, denda sebanyak RM1,000 antara yang dikenakan buat individu yang disahkan bersalah merentas negeri tanpa sebab yang kukuh sempena PKPB.

Melihatkan Hari Raya yang bakal tiba, diharap orang ramai dapat patuh arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan serta beraya di negara mereka ada dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Seperti yang ramai sedia maklum, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan sejak 10 Mei untuk tidak merentas bagi tujuan balik kampung.

PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

Sumber