Sudah sejumlah kes sindiket pelaburan palsu yang dilaporkan pada saban hari sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai. Ramai yang mengharapkan agar dalang di sebalik sindiket ini dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dilaporkan telah menumpaskan sindiket pelaburan antarabangsa yang didalangi warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di 24 premis berasingan pada selasa lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sinar Harian

Op Tropicana ini dijalankan secara serentak termasuk di tiga pusat panggilan, syarikat dan kediaman ahli sindiket di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa kehadiran pihak polis.

Difahamkan sindiket yang dipercayai beroperasi sejak 2019 mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan UK malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi dengan lancar.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menurut beliau lagi, modus operandi sindiket adalah dengan menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial dan panggilan telefon. Ahli sindiket pula terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Suspek dipercayai telah memperdaya mangsa dengan menyakinkan mereka supaya melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud yang mana hanyalah rekaan semata-mata. Difahamkan ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia mencecah RM1 bilion.

Sementara itu, Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan tersebut mengesahkan seramai 11 orang individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut ditahan manakala seramai 70 orang ditahan oleh pihak imigresen.

Kejayaan operasi ini juga disebabkan oleh siasatan berasaskan risikan, penyiasatan kewangan, penyamaran serta beberapa kaedah lain. Di samping itu, risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM.