Agensi pekerjaan “The Boston” meletakkan iklan jawatan kosong untuk jawatan Ketua Operasi di syarikat Rehtom Inc.

Syarat-syarat kerjanya sangat berat, ya, ia adalah pekerjaan paling sukar dalam dunia.

Antara syarat-syarat yang diperlukan ialah:

a. Bekerja minima 135 jam seminggu
b. Berdiri hampir setiap masa
c. Ijazah di dalam perubatan, kewangan DAN seni kulinari
d. Tanpa cuti
e. Wajib bekerja pada cuti awam
f. Tidak boleh tidur
g. Tanpa gaji

Iklan ini diletakkan di internet, dan dari 2.7 juta impression, hanya 24 orang berminat untuk menghadiri temuduga.

Temuduga dijalankan melalui webcam, dan aksi calon-calon yang ditemuduga dirakam.

Saksikan apa yang berlaku, Pengakhiran video ini sangat mengharukan.

http://youtube.com/watch?v=HB3xM93rXbY

Sayang mama :)