Ketika zaman persekolahan kami dahulu, bukan semua murid mampu memiliki set jangka lukis untuk menyiapkan kerja sekolah. Jadi kami akan memohon budi bicara kawan-kawan yang baik hati untuk meminjamkan jangka lukis mereka buat seketika.

Bagaimanapun ketika menyiapkan kerja rumah, kami akan ke dapur untuk mencari penutup tin atau penutup balang sebagai ‘acuan’ untuk melukis bulatan. Oh, cepat betul masa berlalu…

Melalui video ini, seorang YouTuber, Dave Hax berkongsi cara melukis bulatan yang sempurna tanpa sebarang objek selain pen dan kertas. Hasilnya memang mengagumkan!

Okay, mungkin selepas ini kami boleh tiru cara Dave (walaupun sudah mampu membeli set jangka lukis).

Sumber: DesignTAXI

Like page The Vocket di Facebook