Hujung minggu lalu, beberapa pelakon utama Avengers: Infinity War terbang ke Singapura untuk rangka promosi Avengers: Infinity War. Antara yang hadir ketika sidang media ini adalah Robert Downey Jr, Benedict Cumberbatch, Karen Gillan dan tuan pengarah, Joe Russo.

Sidang media ini dihadiri wartawan dari negara-negara Asia Tenggara yang lain dan seronoknya, wakil media yang hadir ke sidang media ini dapat menonton sebahagian filem Avengers: Infinity War jauh lebih awal!

Dan kemudian ada insan seperti Jill, wakil radio Singapura Kiss92. Mungkin selepas dapat melihat tayangan awal ini, beliau bertanya kepada team Avengers soalan yang sedikit sebanyak merupakan satu spoiler kepada Avengers: Infinity War.

Radio DJ's Awkward Moment at the Avengers:Infinity War Press Con

Watch Jill's awkward moment with Robert Downey Jr. and Benedict Cumberbatch at the Avengers: Infinity War press con in Singapore!

Posted by Kiss92 on Monday, 16 April 2018

Jill bertanya kepada Robert mengapa Iron Man masih menggunakan flip phone sedangkan Iron Man sudah mempunyai suit yang sangat moden dan hebat? Joe Russo menjawab, “Ianya telefon bimbit yang diberikan Captain Amerika kepada Tony Stark dalam filem Civil War. Jika anda peminat Marvel, anda pasti ingat tentang adegan tersebut.”

Straight to the face. Itulah yang akan berlaku jika seorang yang bukan peminat Marvel bertanyakan soalan ‘bodoh’ kepada tuan pengarah. Wajah Robert juga nampak terkejut ketika menerima soalan tersebut, mungkin tidak menyangka Jill akan bertanya soalan yang boleh dianggap ‘spoiler’ kepada peminat Avengers dalam dewan berkenaan yang mungkin tidak berpeluang untuk menonton tayangan awal Infinity War ini.

Pengajaran untuk semua adalah buat kajian dahulu sebelum anda bertanya soalan. Ada ramai lagi peminat setia Marvel di dalam dewan itu mahu bertanya soalan kepada team Avengers dan Jill sia-siakan peluang berkenaan. Steady Jill.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤