Sudah menjadi lumrah apabila membeli barangan secara atas talian atau online, anda tidak dapat merasa sendiri secara fizikal barangan yang dibeli sekaligus cenderung membuat pembelian yang tidak mencapai kriteria anda berikutan keadaan material atau saiz yang berbeza.

Bukan itu sahaja, pembelian barangan di negara luar seperti China juga mungkin memerlukan anda untuk menantikan barangan anda lebih lama sehingga dua atau tiga minggu sebelum sampai kepada anda.

image

Nampaknya masalah ini tidak lagi akan berulang apabila Alibaba bakal membuka Taobao Store, sebuah rangkaian kedai aneka barangan dari China di MyTOWN Shopping Centre, Cheras. Pembukaan rangkaian kedai fizikal ini juga sekaligus bakal menjadi yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 5,000 kaki persegi.

Menawarkan seleksi barangan, pengalaman pembelian anda pastinya akan lebih berbeza dimana anda berpeluang memaparkan barangan yang diingini di aplikasi Taobao, seterusnya para pelayan akan membantu anda mendapatkan barangan tersebut buat anda.

ST_20190905_MNTAOBAO_5093814

Setakat ini masih belum dipastikan tarikh rasmi bagi pembukaan Taobao Store ini, walau bagaimanapun kedai ini dijangka bakal dirasmikan seawal bulan ini. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda dapatkan barangan yang sering anda lihat di atas talian dengan lebih mudah secara fizikal.

Tahukah anda, bersempena dengan jualan 11.11 baru-baru ini, Alibaba sekali berjaya memecah rekod penjualan tertinggi dalam 24 jam dengan perolehan sebanyak RM158.37 bilion. 

Alibaba Peroleh RM158.37 Bilion Sempena 24 Jam Jualan 11.11

Durian Musang King Dari Malaysia Sudah Mula Dijual Di Rangkaian Kedai Alibaba China