Kami belanja anda gambar-gambar yang sempat kami rakam semasa kunjungan kami ke Festival Kedah Tua di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah pada Mei 2016.

Dalam festival ini kami saksikan sendiri bukti peninggalan tamadun hebat bangsa Melayu yang tertua di Asia Tenggara dan antara yang tertua di dunia!

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Mercu tanda Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Papan tanda di pintu masuk tapak kompleks peleburan besi.

Tapak peleburan besi terbahagi kepada beberapa kompleks. Ini salah satu daripadanya.

Pentas utama.

Zoom dan lihat sendiri perbandingan masa antara peradaban tamadun Sungai Batu dengan peradaban utama dunia lain. Anda akan sedar betapa hebatnya tamadun Melayu!

Obsesi kita semua, buku!

Kompleks yang paling mendapat perhatian, tapak ritual agama. Di atas itu ialah cermin yang diletak bagi menunjukkan kepada pengunjung (secara refleksi) bulatan di tengah-tengah bangunan ritual agama.

Antara tapak yang diekskavasi. Ditemui ribuan tuyere (lubang angin bagi relau peleburan besi). Ini membuktikan betapa mega dan rancaknya industri peleburan besi bertaraf dunia yang dijalankan di sini oleh bangsa Melayu.

Relau peleburan besi yang dibawa khas dari Jeniang, Kedah. Lebih kurang sebesar 3 pemeluk dan 4 kaki tinggi.

Demontrasi pelaburan besi menggunakan replika relau.

Replika relau peleburan besi. Ia kecil berbanding saiz asal.

Replika relau pembakaran bata.

Sesi penerangan proses peleburan besi oleh petugas tapak. Ditunjukkan sampel bijih besi, tahi besi dan lain-lain.

Kompleks jeti bersebelahan sungai kuno.

Tapak sungai kuno. Di sinilah tertanamnya kapal purba yang berjaya diimbas oleh pasukan Prof. Dr Mokhtar Saidin.

Acara amali proses ekskavasi oleh pengunjung. Wajib cuba!

Penerangan berkenaan alatan dan kaedah geofizik untuk explorasi tapak yang berpotensi terdapat tinggalan artifak. Ini kaedah ‘karan bumi’ (bahasa pasar orang awam).

Kaedah ‘mesin scanner’ (mesin pengimbas).

Artikel di atas disumbangkan oleh Armada Karya. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka