Pertama kali melihat tarian ini di Youtube terus rasa ‘wow’. Ia dipersembahkan sempena Festival Budaya UiTM 2014 (UiTM Puncak Alam dan UiTM Puncak Perdana). Saya rasa ‘wow’ sebab masih ada lagi rupanya tarian lama yang dipersembahakan dengan gerakan yang mengasyikkan. Penuh lemah lembut lenggang lenggoknya.

Tambah menarik tarian ini mengisahkan tentang wanita Bugis. Terus saya cari lebih lanjut tentangnya. Dah alang-alang nak menulis, boleh kenal serba sedikit budaya Bugis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tarian ini dinamakan Pattenun, mengisahkan tentang ketekunan dan kesabaran wanita Bugis menenun kain sarung. Gerakan tarian ini menggambarkan mereka sedang menenun kain.

Ia dimulai dengan mappali (memintal benang), disusuli dengan massau (memasukkan benang sehelai demi sehelai ke alat tenun) dan ia ditenun sehingga menjadi sarung.

Tarian Pattenun sememangnya dipersembahkan dengan teknik liuk badan, kelembutan pergerakan tangan, melangkah dan henjutan badan dengan teknik gerak Bugis.

Ini gerakan tari Pattenun yang lebih jelas:

Menurut petikan dari video di atas, tarian Pattenun berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia. Ia dibawa masuk ke Selangor oleh Ibu Ogi, pereka tari dari Makassar.

Menyentuh tentang muzik pula, alat muzik tradisional Bugis seperti alat muzik kecapi, seruling bugis dan gendang bugis digunakan untuk mengiringi tarian Pattenun ini.