Lagi sebulan lebih sahaja kita akan menyambut tahun baharu. Sedia maklum bahawa tahun 2020 adalah tahun melawat Malaysia.

Oleh itu, negara kita jangkakan kedatangan ramai pelancong dan pastinya setiap tempat sedang berusaha untuk mencantikkan lagi landskap tempat tarikan pelancongan di tempat masing-masing.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Akan tetapi, usaha pihak Majlis Perbandaran Kuantan yang tampil dengan tarikan terbaharu di Teluk Cempedak nampaknya mendapat kecaman netizen. Menerusi akaun Facebook I Love Pahang, terdapat beberapa gambar tarikan yang telah dibangunkan di sana.

Dengan sebab diwarnakan batu-batu itu sedemikian rupa, dengan pagar bagi memangga cinta dan signboard yang duka maka…

Posted by Abdullah Jones on Tuesday, 12 November 2019

Malangnya, perkongsian di Facebook I Love Pahang telah dipadam. Melalui gambar tersebut, anda dapat lihat batu-bata berwarna-warni, dan papan tanda tidak kelihatan menarik serta tempat meletakkan mangga kunci seperti tidak kukuh.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa rekaan yang ditampilkan tidak cantik dan tidak direka dengan sebaiknya. Malah, ada yang kecewa kerana rekaan tersebut kelihatan kerja ‘cincai’ sahaja.

Screenshot 2019-11-13 at 11.18.40 AM

Screenshot 2019-11-13 at 11.17.46 AM

Apakah pandangan anda mengenai rekaan ini? Anda yang berada berdekatan pantai Telukm Cempedak mungkin boleh lihat rekaan ini lebih dekat.

Lihat transformasi kampung di Kelantan ini seperti perkampungan pelangi di Korea. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Persis Gamcheon Cultural Village, Kampung Pelangi Di Kelantan Tawar Keunikan Yang Tersendiri

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Lihat ‘Makeover’ Perpustakaan Kuala Lumpur Yang Telah Dibuka Semula

Anda Mungkin Suka