Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nampaknya penantian untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bakal berakhir apabila premium reseller atau pihak Apple bakal mula menjual telefon terbaru mereka pada 14 Oktober 2016.

Seperti yang dijangka, harga iPhone 7 bakal menggantikan harga iPhone 6S yang lama sekaligus menjadikan harga buat iPhone 7 32GB mula dijual pada harga RM3,199 manakala iPhone 7 Plus dijual dengan harga RM3,799. Berikut merupakan senarai harga model-model iPhone yang dijual di Machines.

screen-shot-2016-09-30-at-5-58-13-pm

Salah satu perkara menarik mengenai iPhone 7 adalah warna baru yang dihasilkan khas buat iPhone 7 iaitu warna Jet Black. Dikatakan pengeluaran iPhone 7 Jet Black agak terhad ketika ini berikutan memerlukan lebih banyak masa untuk menghasilkan warna tekstur yang kemas dan seragam.

Buat anda yang mengangap warna Matte Black tidak cukup gelap bagi anda, serta mahukan iPhone 7 yang lebih ‘sexy‘, iPhone Jet Black adalah yang terbaik buat anda. Pendapat MKBHD ini bakal membantu anda untuk mendapatkan warna iPhone 7 yang terbaik buat anda.

Berdasarkan ‘hype’ Apple iPhone terbaru, kami tidak sabar untuk menantikan adakah trend beratur untuk menjadi pengguna terawal iPhone 7 akan semakin rancak atau sebaliknya.

Anda Mungkin Suka