Akhirnya tarikh rasmi Pharrell x adidas NMD Hu Trail “Holi Festival” telah diumumkan oleh pihak adidas. Buat para peminat adidas, kami yakin anda sudahpun melihat beberapa keping gambar yang tertiris menunjukkan koleksi terbaru kolaborasi diantara adidas NMD bersama Pharell William.

Bertemakan di sekitar Festival Warna Holi India, tiga kasut dengan padanan warna yang ceria dan meriah antara yang dipilih bersesuaian dengan pesta yang berlangsung di India ini. Padanan tapak dengan teknologi BOOST antara yang melengkapkan rekabentuk kasut ini.

Kasut kolabrasi Pharrell x adidas NMD Hu Trail “Holi Festival” ini bakal mula dijual dengan harga sekitar $250 (RM981.75). Pada pengguna cuma boleh dapatkannya dengan lebih awal pada 2 Mac ini di India manakala untuk pasaran global bakal mula ditawarkan pada 16 Mac di beberapa butik adidas yang terpilih.

pharrell-adidas-nmd-hu-holi-festival-pack-release-002

pharrell-adidas-nmd-hu-holi-festival-pack-release-003

pharrell-adidas-nmd-hu-holi-festival-pack-release-004

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group