Pemenang anugerah Oscar, Danny Boyle baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama bersama pelakon British terkenal iaitu David Craig serta penulis skrip John Hodge bagi menghasilkan filem 007 James Bond ke yang ke-25.

Penerbit filem Bond Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli daripada EON Productions mengumumkan bahawa pengembaraan filem ini akan bermula seawal 3 Disember di Pinewood Studios berhampiran pusat kota London.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seterusnya mereka juga turut mengumumkan tarikh tayangan untuk Bond 25 yang bakal tiba di pawagam pada 8 November 2019 seluruh dunia. Pastinya ramai yang tidak sabar termasuk kami dalam menantikan filem Bond yang ke 25 ini untuk mengetahui gajet apa lagi yang bakal digunakan oleh perisik terhebat British ini.