Ramai yang pastinya sudah tidak sabar lagi menantikan filem terbaru dan mungkin filem terakhir dalam siri John Wick. Menerusi akaun rasmi di Twitter, John Wick akan berada di pawagam setahun daripada sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk filem ketiga ini, negara Jepun akan menjadi medan ‘pertempuran’ John Wick menentang The Continental. Dikhabarkan, aktor Jepun Hiroyuki Sanada yang sebelum ini membintangi The Wolverine dan The Last Samurai akan turut sama menjadi watak penting untuk filem terbaru John Wick ini.

Keanu Reeves seperti biasa akan melakonkan watak John Wick yang perlu melarikan diri daripada The Continental selepas beliau melanggar kod etika kumpulan berkenaan. Tiada pandangan pertama untuk Chapter 3 buat masa ini tetapi peminat sekurang-kurangnya sudah tahu filem ini akan berada di pawagam tahun hadapan.